Sejarah Layar sepit ketam

Suku Austronesia secara tradisional membuat layar mereka, termasuk layar sepit ketam, dari tikar anyaman yang kuat dan tahan garam yang diperbuat dari daun pandan. Layar ini membolehkan orang Austronesia untuk memulakan pelayaran jarak jauh. Dalam beberapa kasus, walau bagaimanapun, ia perjalanan satu arah. Kegagalan daun pandan untuk membentuk populasi di Rapa Nui dan Aotearoa dipercayai telah mengasingkan kampung mereka dari rantau Polinesia yang lain.[2][3]

Kontak awal dengan perahu Arab di lautan Hindi semasa pelayaran Austronesia diyakini telah menghasilkan perkembangan layar lateen segitiga Arab. Pada gilirannya, kapal-kapal Arab diyakini telah mempengaruhi pembangunan layar persegi panjang Austronesia (layar tanja) dari Asia Tenggara.[4] Terdapat juga ahli sejarah yang tidak setuju dengan ini. Johnstone, Shaffer, dan Hourani menganggap layar tanja sebagai ciptaan asli orang-orang Nusantara, yang seterusnya mempengaruhi orang-orang Arab untuk membina layar lateen dan orang Polinesia untuk membina layar sepit ketam.[5][6][7]

Di Indonesia, layar sepit ketam muncul sebagai perkembangan baru. Secara tradisional orang-orang dari kepulauan Nusantara menggunakan layar tanja, tetapi bermula pada abad ke-19 orang-orang Madura mengembangkan layar lete. "Lete" sebenarnya berarti lateen, tetapi keberadaan pekaki (boom atau tiang sokong layar bawah) menunjukkan bahawa layar lete adalah layar sepit ketam.[8]:82-85[9]:28-29[10]:88-89